Ulasan Buku : Hikmah & Karakter – Iktibar Pendidikan Daripada Nasihat-Nasihat Luqman Al-Hakim

Antara silibus hafazan bagi subjek Pendidikan Islam menengah atas ialah Surah Luqman ayat 12 hingga 19. Buku yang berjudul “Hikmah & Karakter : Iktibar Pendidikan Daripada Nasihat-Nasihat Luqman Al-Hakim” ini membincangkan tentang kumpulan ayat 12 hingga 19 daripada Surah Luqman.

Secara ringkas, buku ini mempunyai 8 bab iaitulah :

  1. Pengenalan kepada tadabbur dan ibrah Al-Quran.
  2. Pengenalan kepada Surah
  3. Pembuka Nasihat
  4. Nasihat pertama Luqman (Sisi Spiritual).
  5. Nasihat kedua Luqman (Sisi Intelektual).
  6. Nasihat ketiga Luqman (Sisi Emosional/Sosial).
  7. Nasihat keempat Luqman (Sisi Fizikal).
  8. Implikasi nasihat Luqman kepada

Buku ini boleh dikatakan sebagai tadabbur kepada surah Luqman, terutama nasihat-nasihat yang terdapat dalam surah ini. Nasihat-nasihat yang diberi oleh Luqman mengandungi satu kerangka yang penting untuk kita jadikan iktibar dalam proses pembangunan karakter.

Apabila kita merenung kepada nasihat-nasihat Luqman, kita akan dapat membahagikan nasihat Luqman kepada anaknya itu kepada empat aspek iaitulah, physical, intellectual, emotional dan spiritual.

Maka, untuk membangunkan insan, kita perlu membangunkan karakter mereka melalui 4 aspek ini tadi, kerana inilah keperluan insan dalam membina karakter mereka.

Bagi saya, buku ini amat sesuai kepada pendidik, ibu bapa dan bakal ibu bapa, kerana kita mempunyai peranan yang sangat besar dalam membentuk karakter- karakter generasi akan datang. Seringkali kita terlupa bahawa pendidikan itu bukanlah pada soal cemerlangnya dalam peperiksaan semata-mata (sisi intelektual), bahkan pada membentuk insan yang bertuhan (sisi spiritual), bersopan santun (sisi sosial) dan juga berketrampilan (sisi fizikal).

Maka, buku ini menyedarkan kita kembali tentang itu dan mengajak kita untuk mentadabbur nasihat-nasihat Luqman yang sangat berharga ini, sehingga Allah Taala merakamkannya dalam Al-Quran.

Selamat membaca & mentadabbur Surah Luqman.


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Muhammad Abdul Aziz
Muhammad Abdul Aziz

Seorang fisioterapis yang kini melanjutkan pelajaran ijazah kedua dalam bidang pengajian Islam di Universiti Islam Madinah, Arab Saudi. Mencintai buku dan menikmati hirupan kopi di hujung minggu sambil membaca buku. Boleh ikuti beliau laman peribadi blog beliau, azizmadani.com

Articles: 5