Ulasan Buku : Falsafah Syaitan

“Bangunlah tengah malam, hai orang-orang yang merasa berdosa.

Bukalah jendela dari rumahmu di waktu alam hening dan diam sementara makhluk tenggelam dalam tidur.

Engkau akan dapat berkata-kata dan bersahut-sahutan mulut dengan Tuhanmu.

Jiwamu akan mendengar seruanNya mekipun telingamu akan tetap pekak.

Hatimu akan lihat tanganNya melambai meskipun matamu tidak memandang.

Serulah Dia dengan merendah diri.”

Syaitan ialah musuh manusia yang nyata dan wajib dimusuhi serta diperangi. Enggan memusuhinya bakal mengundang dosa kerana ia tindakan melanggar arahan Tuhan. Buya Hamka berbicara perihal aspek menyucian jiwa atau  Tazkiyatun Nafs yang sangat diperlukan manusia dalam perang jiwa terhadap musuh yang fizikalnya tidak kelihatan tetapi licik mengatur langkah.

Sebut sahaja serangan atau gangguan syaitan, kebanyakkan orang akan merasa gerun kerana fizikalnya yang sering diceritakan di dalam Al-quran. Tetapi tidak ramai yang takut akan penyakit jiwa manusia yang utama disebabkan oleh syaitan seperti menjadi ahli kelab iblis di dunia dan terperosok ke dasar neraka jahanam bersama mereka. Hati dan jantung manusia perlu sentiasa sihat dan bersih. Jangan sesekali membuka pintu atau lubangnya kepadan syaitan. Jika terbuka atau lalai, maka bocorlah iman dan parahlah takwa kerana bencana hasutannya akan menjengah masuk dengan deras sehingga kita lupa siapa diri kita dan apa tujuan kita hidup di muka bumi ini.

Yang paling berpengaruh dalam hidup manusia ialah harta. Manusia sanggup berhujan panas untuk harta bahkan juga sanggup melalui jalan haram untuk sesuap harta yang diangan-angankan. Lihat penarik sihir ini, sungguh besar sekali pengaruh harta atas diri manusia. Kejam sekali engkau harta. Engkau  memperdayakan manusia padahal hanya dua meter tanah dan tiga lapis kafan. 

Bakhil adalah penyakit. Ia berbahaya kepada manusia lantaran diperintah oleh wang, berkhidmat dan beribadat kepada harta. Janganlah kebakhilan diberi pintu ke dalam hati kerana bila ia telah masuk satu kali, sukar akan keluarnya.

Pesanan akhir buya Hamka dalam naskah ini haruslah manusia sentiasa berwaspada dengan mainan syaitan yang maha licik. Jika kita terjatuh dalam lembah kedurjanaan wajiblah pula ia menyedarinya sebelum ajal menjemput. Membaca naskah ini ternyata mampu membuka mata betapa hati jantung manusia perlu sentiasa sihat dan bersih.


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Nor Shuhada
Nor Shuhada
Articles: 32