Ulasan Buku : Buya Hamka Berbicara Tentang Perempuan

Buku ini pada mulanya adalah tulisan bersambung Buya Hamka di majalah Panji Masyarakat yang terbit pada tahun 1990-an. Disebabkan banyak permintaan dari pembaca untuk membukukan tulisan ini maka diterbitkan oleh Penerbit Pustaka Panji Mas pada tahun 1996 sekaligus menjawap dan membantah pengusung sekular mengenai perkhawinan dalam islam yang menurut mereka menindas kaum wanita.

“Perempuan adalah tiang negara. Jika perempuannya baik, baiklah negara, dan jika mereka bobrok, bobrok pulalah negara. Mereka adalah tiang; dan biasanya tiang rumah tidak begitu kelihatan. Namun, jika rumah sudah condong, periksalah tiangnya. Tandanya tianglah yang lapuk.”

Pembahasan yang diutarakan Hamka dalam buku setebal 134 muka surat ini berkisar tentang kehidupan wanita dari sudut pandangan islam. Menjawap tuduhan-tuduhan dari golongan feminisme dan liberalisme yang menyatakan bahawa islam menindas wanita dengan meletakkan pembatasan tertentu. Namun, fitnah golongan sebegini dijawap langsung oleh Hamka melalui tulisan-tulisan beliau yang telah disusun dalam buku ini.

Selain itu, Hamka juga menyelitkan pandangan beliau mengenai kebersamaan antara lelaki dan perempuan di dalam melayari kehidupan rumah tangga yang menurut beliau seperti sebuah kapal yang sedang berlayar. Di pembahasan ini dapatlah kita lihat bahawa lelaki dan perempuan masing-masing mempunyai peranan tersendiri dalam kehidupan bersama.

“Jelas sekali bahawasanya rumah tangga yang aman dan damai ialah gabungan antara tegapnya laki-laki dengan halusnya perempuan. Laki-laki mencari dan perempuan mengatur. Tidak bisa satu rumah tangga berdiri jika hanya kemauan laki-laki saja yang berlaku dan tidak bisa rumah tangga berdiri jika hanya kehalusan lemah lembut perempuan saja yang terdapat.”

Peranan dua pihak yang disebutkan mencakup setiap sudut kehidupan sekaligus memperlihatkan bahawa islam begitu menjaga dan menghormati kaum wanita sehingga ke sekecil-kecil perkara, tidak ada sudut yang boleh dilihat dapat menganaiya para wanita islam seperti tuduhan dan pemikiran negatif yang di bawah oleh golongan sesat lagi menyesatkan yang ingin meracuni pemikiran wanita islam agar keluar dari pegangan agama yang sebenar.

Di dalam pembahagian 14 bab terdapat 2 bab yang menjelaskan khusus tentang tanggungjawap lelaki iaitu pada muka surat 93-114. Nasihat untuk lelaki yang menjadi pemimpin bagi kaum wanita. Kewajipan membimbing, melindungi, menghormati mereka sesuai ajaran yang telah dicontohkan Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.

Karya Buya Hamka berbicara tentang perempuan atau judul aslinya Kedudukan Perempuan dalam Islam ini sarat dengan dalil dari Al-Quran dan Hadis. Penjelasan ilmiah yang tidak merendahkan dan melebihkan mana-mana pihak baik wanita maupun lelaki, justeru beliau berjaya menggandingkan kebersamaan keduanya dalam pembahasan tanggungjawap dan peranan sesuai aturan islam yang meliputi kehidupan dunia dan akhirat. Satu karya yang sepatutnya membuka mata ramai pihak agar lebih cakna tentang hukum islam berbanding propaganda yang hanya ingin menjatuhkan imej islam pada kaca mata dunia.

Miliki nashkah ini dengan harga rm25 sahaja di page facebook jejak tarbiah atau kedai buku berhampiran anda. Selamat membaca!


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Aishah Nerina
Aishah Nerina

لا يشكر الله من لا يشكر الناس

Articles: 47