Ulasan Buku : Arkitek Jalanan

Tajuk Buku: Arkitek Pelukis

Buku Arkitek Jalanan ini adalah hasil tulisan seorang penulis muda yang sememangnya usah diperkenalkan lagi barangkali ramai yang sudah mengenalinya barangkali. Buku-bukunya juga selalu menjadi bestseller di toko-toko buku terbesar di Malaysia.

Untuk kali ini, suka rasanya untuk saya kongsikan tentang pandangan saya berkaitan buku ini. Sejujurnya dahulu buku ini tidaklah menarik minat saya untuk membacanya kerana ketertarikan bahan bacaan saya lebih terarah kepada genre buku yang lain.

Pada peringkat awal bacaan buku ini boleh katakan saya sukakan penulisan beliau. Penulisan yang santai dan bersahaja. Unsur humor yang terdapat dalam penulisan beliau buat saya tersengih dan tergelak sendiri saat membacanya.

Cerita yang terdapat dalam buku ini sebenarnya adalah daripada pengalaman hidup si penulis itu sendiri. Beliau menuliskan pengalaman hidup suka duka ketika dia dan teman baiknya belajar di London. Kehidupan bergelar seorang pelajar Melayu di negara orang bukanlah mudah apatah lagi hendak bersaing dengan pelajar-pelajar tempatan di sana itu merupakan satu cabaran yang besar.

Tambahan pula, penulis tidak mendapat sebarang tajaan dalam pengajiannya terpaksalah dia membiayai pengajiannya sendiri dengan wang hasil titik peluh sebagai seorang pelukis jalanan.

Seorang pelajar tahun akhir dan dalam yang masa berkerja di negara orang pula, fuhh mencabar!

Menariknya buku ini, penulis bukan sahaja menceritakan tentang cabaran dirinya sebagai seorang pelajar, tetapi semangat setia kawan juga dapat ditonjolkan dalam penulisan beliau. Semangat setia kawan yang tinggi sehingga saya yang membaca ini pun terharu.

Dalam buku ini, penulis juga tak lepas dalam mengkritik pendakwah segera yang hanya sekadar menjual air liur berceramah pum.. pang pum… pang sana sini tetapi tidak punya kelayakkan khusus dan ilmu dalam bidang tersebut.

Walaupun penulis sendiri berminat dengan jalan dakwah tetapi bagi dirinya dia tidak mahu menggunakan nama agama sebagai modal untuk mencari duit atau populariti sedangkan dirinya sendiri tidak punya ilmu yang cukup dalam bidang itu.

Saya rasa setakat ini sahaja yang dapat saya kongsikan. Nak tahu lebih lanjut tentang jalan cerita buku ini pergilah dapatkannya ya!

Apa yang boleh saya katakan tak rugi membacanya, input dan teguran yang terdapat dalam buku ini juga berjaya mengesankan saya. Ada juga bahagian yang saya tersentak dek tegurannya.

Untuk terakhir kalinya, apa yang saya dapat simpulkan daripada pembacaan buku ini ialah:

– Sejauh mana perancangan yang kita inginkan supaya ianya terjadi kalau Dia dia tidak mengizinkan maka tak akan terjadi sama sekali.

– Usah gunakan agama sebagai pelaris dan populariti untuk memancing perhatian masyarakat.

-Teman yang baik ialah teman yang sentiasa ikhlas membantu kau meningkatkan kualiti hidup baik dari segi ukhrawi atau duniawi bak kata orang saling nasihat menasihati.

– Belajarlah dan kejarlah impian yang kau impikan, pedulikan kata-kata negatif yang dilemparkan.

#ulasanbukusinisrin #bookreviews


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Nur Izzah binti Yahya
Nur Izzah binti Yahya
Articles: 2