Ulasan Buku : Aku Budak Madrasah

🧕 REVIEW 🧕

BUKU ini mengisahkan tentang diri penulis yang melalui pelbagai suka duka sebagai seorang pelajar Madrasah dan juga hidup di dalam Madrasah. Ketika penulis menulis buku ini, beliau dan sahabatnya baru sahaja tamat belajar dan akan melanjutkan pembelajaran ke pringkat degree pula sementara menunggu keputusan untuk sambung belajar.

Jika sebut Madrasah, pasti ramai yg menganggap bahawa madrasah ini hanyalah utk anak-anak kecil sahaja tetapi ia salah sama sekali. Penulis telah membuka mata dan minda sy bahawa madrasah ini bukanlah hanya melahirkan pelajar hafiz dan hafizah (hafal Al-Quran) bahkan juga alim dan alimah (belajar kitab² akidah, fikah dan tasawuf) Apa yg sy faham, peringkat pengajian madrasah pula terbahagi kepada dua iaitu nazirah (iqra) dan syahadah (peringkat tertinggi selepas khatam hafazan dan ujian ini diambil sehari-6hari utk hbskan 30 juzuk Al-Quran dgn lancar dan tidak melebihi 3-10 kesalahan ketika ujian).

Madrasah yg penulis ini pergi adalah sebuah madrasah yang terpencil dan tidak pernah diuar-uarkan dgn kaedah marketing sepeti di laman sosial facebook, google dan sebagainya. Bg Mudir (pengetua), mereka menganggap pilihan seseorang utk ke Madrasah ialah pilihan Allah semata-mata. Berita tentang madrasah akan sampai kpd mereka apabila Allah detikkan hati mereka utk menjadi baik.

Penulis juga sempat mengenali dengan pelajar² di sana dan mengambil tahu setiap masalah mereka. Secara tidak sengaja, penulis telah menjadi guru kaunseling buat mereka di sana kerana hanya penulis dan sahabatnya sahaja lah yg paling tua dan boleh diharap. Penulis bersyukur kerana tidak diuji dengan masalah yg mereka hadapi tetapi setiap ujian ini tidak menghalang mereka untuk menuntut ilmu dan berjihad ke jalan Allah bahkan mereka juga tidak mempersoalkan mengapa mereka diuji walaupun telah buat kebaikan. Masya Allah 😢

Di akhir coretan, penulis ada memberikan tips bagaimana ingin menghafaz Al-Quran dan mengapa sesetengah orang merangkak membaca Al-Quran walaupun mereka pernah membacanya suatu ketika dahulu dengan lancar dan fasih. Hidup di dalam madrasah juga telah membuka mata penulis bahawa mereka yg lahirnya dari sini perlu menjalani pelbagai ujian dan jerih payah untuk menjaga nama Islam dan kalam Allah. Jangan sesekali mengeluh ketika menuntut ilmu dan ingatlah bahawa alim ulama termasuklah zaman Nabi, wali Allah dan warosatul anbiya ialah keluaran drpd mujahadah yg perit. Hidup di dunia tiada apa, hidup sebenar di akhirat.


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Nor Shuhada
Nor Shuhada
Articles: 32