40 Amalan Mudah Menurut Sunnah

Terlalu banyak amalan sunnah yang dilihat ringkas dan mudah tetapi tidak diamalkan atau kurang diambil peduli oleh sebilangan masyarakat Islam. Mungkin salah satu sebabnya tidak diketahui atau kemungkinan ilmu tersebut tidak sampai pada penduduk setempat disebabkan ada kekangan yang hadir. Di hadapan ini adalah buku yang menghimpunkan amalan-amalan yang memudahkan kita beribadah, amat sinonim dan berkait rapat dengan kehidupan seharian manusia.

Pengenalan Naskhah.

40 Amalan Mudah Menurut Sunnah merupakan karya yang ditulis oleh Dr. Muhammad Rozami Ramle. Kini beliau berkhidmat sebagai pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains dan Kemanusiaan, UPSI Perak juga merupakan Ahli Jawatan Kuasa Fatwa Negeri Perlis. Naskhah ini memuatkan 128 muka surat dibawah terbitan Karya Bestari dan cetakan 1 & 2 pada tahun 2019.

Telah banyak karya yang telah dihasilkan oleh beliau. Salah satu buku terlaris dan pernah mendapat best seller di pasaran iaitu Hadis Daif & Palsu Popular Dalam Masyarakat Melayu. Disini saya lampirkan halaman mengenai isi kandungan dan bab supaya pembaca lebih bersemangat untuk memendapatkannya

Alhamdulilllah atas izin Allah dan ketekunan hendak mengetahui amalan yang boleh menambah pahala ini telah saya habiskan tanpa sedar. Saya beli buku ini disebuah toko buku, Syarikat Jafar Rawas, Kota Bharu pada 26.10.19 dengan harga Rm 20 SM. Pembaca juga boleh dapatkan terus dengan melayari laman web Karya Bestari.

Sudah masanya kita perlu melatih diri untuk mencari kebenaran. Jika diamati, perkara-perkara inilah yang perlu terus menerus dijadikan pedoman mengikut sunnah baginda shallahu alaihi wasallam.

Ibn ‘Ata’ berkata, ‘Sesiapa yang memaksa dirinya mengamalkan adab- adab sunnah, Allah akan terangkan jiwanya dengan cahaya pengetahuan, dan tidak ada kedudukan yang lebih mulia daripada kedudukan mengikuti kekasih Allah pada arahan, perbuatan dan akhlaknya.’

[Ibn Al-Qayyim, Madarij al-salikin, jil 2, hal 466. Lihat Bahagian Prakata (40 Amalan Mudah Menurut Sunnah, Dr. Muhammad Rozaimi Ramle)]

Amalkan sunnah, jauhi perkara-perkara baharu yang tiada berkaitan dengan sunnah.

Selamat membaca!


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Syuhara Suriati
Syuhara Suriati

Penulis artikel, antologi dan anekdot.🌷Isteri suri membaca dan menulis 🌷

Articles: 67